[ Mengenai MPS < Peranan Dan Fungsi ] |
Majlis Perbandaran Sibu bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat Sibu dalam empat (4) bidang :-
-
Membangun Rasa Tanggungjawab Kemasyarakatan
-
Pengurusan Kemudahan Awam
-
Perkhidmatan Infrastruktur
-
Perkhidmatan Perbandaran
Membangun Rasa Tanggungjawab Kemasyarakatan
Majlis Perbandaran Sibu bertanggungjawab dalam menyebar dan memberitahu mengenai undang-undang dan peraturan kepada semua lapisan masyarakat iaitu secara proaktif berusaha untuk menghebahkan kepada masyarakat bagaimana undang-undang dan peraturan ini mendatangkan faedah kepada mereka.
-
Peranan Pendidikan
Majlis Perbandaran Sibu mempunyai tanggungjawab besar dalam mempromosi dan mendidik kesedaran sivik dan jati diri kepada semua lapisan masyarakat di Sibu. Penduduk hendaklah digalakan mempunyai semangat mempunyai dan kekitaan terhadap bandar mereka iaitu terhadap infrastruktur, perkhidmatan dan kemudahan awam yang ada.
-
Peranan Pengawalan
Majlis Perbandaran Sibu telah menghalusi undang-undang dan peraturan sebagai menyokong usaha dalam pembangunan kesedaran hidup bermasyarakat. Majlis Perbandaran Sibu dalam peranan pengawalan bukan untuk memaksa, menghalang dan menghadkan kebebasan atau kualiti kehidupan masyarakat tetapi untuk menggalakan semangat kemasyarakatan dan menjaga agar ianya tidak dinikmati oleh sebilangan kecil penduduk sahaja.
-
Peranan Penguatkuasaan
Sebagai tambahan kepada peranan pengawalan, Majlis Perbandaran Sibu juga berperanan sebagai penguatkuasa. Ini adalah untuk memastikan masyarakat di Sibu secara keseluruhannya dilindungi dan terpelihara daripada sebilangan kecil orang yang bersikap mementingkan diri sendiri dan yang mempunyai kepentingan diri.
Pengurusan Kemudahan Awam
Perkhidmatan Infrastruktur
Majlis beriltizam dalam menanggung pembangunan dan penyenggaraan perkhidmatan infrastruktur awam termasuk :-
Perkhidmatan Perbandaran
Perkhidmatan Perbandaran yang disediakan oleh Majlis adalah perkhidmatan secara tradisional tetapi masih diperlukan untuk memastikan kualiti yang bersepadu terhadap kehidupan dan pembangunan masyarakat :-
-
Kawalan Bangunan
-
Kesihatan Awam & Kawalan Vektor
-
Pembentungan & Menyelenggara Perparitan
-
Pembersihan Sampah Sarap, Pungutan Sampah & Pembuangan Bahan Buangan
-
Pemotongan Rumput & Penyelenggaraan Tepi Jalan
-
Penyelenggaraan Jalan Raya
-
Perkadaran & Pencukaian
-
Pemberian Nombor Rumah
-
Penamaan Jalan Raya
-
Perkhidmatan Kaunter
-
Perkhidmatan Pencegahan & Penguatkuasaan
-
Perlesenan