Visi, Misi, Nilai Bersama Dan Moto

Visi, Misi, Nilai Bersama Dan Moto

Visi

Menjadi Sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik, berdaya-saing dan proaktif menjelang 2015.

Kata Kunci Utama Visi

  • Dinamik – sentiasa melangkah maju ke hadapan, meransangkan perubahan demi penambahbaikan berterusan.

  • Berdaya-saing – Bersemangat tinggi untuk mencapai prestasi cemerlang serta menjadi penanda aras kepada PBT lain.

  • Proaktif – Komited, responsif serta peka terhadap sistem penyampaian perkhidmatan yang telus, teratur dan berkesan.

Misi

  • MPS bertanggungjawab sebagai pemangkin kepada penambahbaikan taraf kualiti hidup warga Sibu melalui penyediaan perkhidmatan perbandaran dan prasarana yang aktif serta berkesan.

  • Dalam segala usaha, MPS akan sentiasa peka serta responsif ke atas keperluan sosio-ekonomi dan aspirasi warga Sibu sejajar dengan Wawasan 2020.

Nilai Bersama

  • Semangat Berpasukan

  • Integriti

  • Berbudi Bahasa

  • Prihatin

  • Kerohanian

Moto

Dinamik, berdaya saing dan proaktif matlamat kita.