|
Lesen ini tertakluk kepada ketetapan dalam Ordinan Hiburan, 2000 dan Undang-Undang Kecil Hiburan, 2001.
Pemilik lesen harus mematuhi syarat-syarat berikut :-
|
|
1.
|
Lesen hendaklah dipamerkan di tempat yang sesuai di pintu masuk utama premis.
|
|
2.
|
Papan kenyataan mengandungi maklumat berikut hendaklah diletakkan di pintu masuk utama premis :-
|
| |
a.
|
Kafe Siber (komputer dengan kemudahan Internet);
|
| |
b.
|
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun hendaklah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga;
|
| |
c.
|
Pelajar yang berpakaian seragam tidak dibenarkan masuk;
|
| |
d.
|
Waktu beroperasi : 8:00 pagi hingga 10:00 malam; dan
|
| |
e.
|
Minuman keras tidak dibenarkan.
|
|
3.
|
Sebarang aktiviti perjudian adalah dilarang.
|
|
4.
|
Semua permainan video yang berunsur ganas dan melampau adalah dilarang pada mana-mana mesin permainan.
|
|
5.
|
Pengudaraan di dalam premis hendaklah mencukupi.
|
|
6.
|
Dinding pembahagi hendaklah dibina daripada bahan lut cahaya.
|
|
7.
|
Merokok adalah dilarang di dalam premis dan notis amaran "DILARANG MEROKOK" hendaklah dipamerkan dengan secukupnya.
|
|
8.
|
Alat pemadam kebakaran yang mencukupi hendaklah disediakan seperti yang diluluskan oleh Jabatan Bomba.
|
|
9.
|
Mesin hiburan yang mengandungi atau boleh menghasilkan gambar melampau dan boleh digunakan untuk tujuan perjudian adalah dilarang sama sekali.
|
|
10.
|
Nama dan nombor siri mesin hiburan hendaklah dilekatkan pada mesin tersebut untuk rujukan dan pengawasan.
|
|
11.
|
Semasa memohon, pemohon hendaklah menyatakan bilangan komputer yang akan disediakan dan keluasan tapak premis. Sebarang perubahan hendaklah dengan kebenaran daripada pihak Majlis.
|
|
12.
|
Pemegang lesen haruslah memastikan premis berada di dalam keadaan yang bersih sepanjang masa.
|
|
13.
|
Majlis berhak meminda syarat-syarat di atas tanpa sebarang notis.
|