Bahagian Perbendaharaan Majlis pada keseluruhannya bertanggungjawab ke atas pungutan hasil dan pembayaran untuk Majlis, menyimpan dan menyediakan akaun-akaun tahunan untuk diperiksa oleh Jabatan Audit, penyediaan perbelanjaan tahunan dan mengemukakan laporan kepada pelbagai agensi kerajaan dari masa ke semasa. Sistem pelaksanaan tugasnya adalah hampir sama dengan Pejabat Perbendaharaan Bahagian.