Peraturan Letak Kereta Majlis Daerah Bandaran Sibu telah diluluskan pada bulan Oktober 1981 dan mula dikuatkuasakan pada bulan Disember 1982. Pada masa itu, Unit Letak Kereta telah diwujudkan untuk menguatkuasakan peraturan tersebut. Unit Letak Kereta dikendalikan oleh 18 orang kakitangan yang bertugas di dalam pejabat dan 108 orang Atendan Letak Kereta yang bertugas di luar pejabat. Kutipan bayaran letak kereta tahunan adalah kira-kira RM2.3 juta.