Seksyen Undang-Undang

Seksyen Undang-Undang

Peranan dan fungsi :-

  • Membuat kaveat ke atas hartanah yang mana cukai pintunya belum dijelaskan

  • Memeriksa dokumen perundangan

  • Mengemaskinikan Undang-undang Kecil Majlis

  • Penasihat perihal perundangan

  • Permit iklan

  • Pengurusan Unit Penguatkuasaan

Unit Penguatkuasaan

Unit Penguatkuasaan telah ditubuhkan pada hari Khamis, 01 Julai, 1982. Unit Penguatkuasaan mempunyai seramai 33 orang anggota di bawah jagaan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27.

Tugas utama Unit Penguatkuasaan ini adalah untuk menguatkuasakan Ordinan Kuasa Tempatan 1996 dan Undang-undang Kecil MPS yang berkaitan di bawah bidang kuasa Majlis.

Peranan dan fungsi :-

  • Mengambil tindakan bersama dengan Seksyen Kawalan Bangunan untuk merobohkan pembinaan/struktur haram

  • Mengambil tindakan bersama dengan Unit Kesihatan Dan Perkhidmatan Awam dalam menguatkuasakan Undang-undang Kecil Sampah-sarap

  • Mengambil tindakan bersama dengan Unit Kesihatan Dan Perkhidmatan Awam untuk mengawal penjaja-penjaja terutama penjaja tanpa lesen

  • Menguatkuasakan Undang-undang Kecil Majlis dari masa ke semasa seperti yang diperlukan oleh Majlis


Laman Seksyen