Seksyen Kawalan Bangunan

Seksyen Kawalan Bangunan

Seksyen ini telah diamanahkan oleh Majlis dengan fungsi-fungsi dan tanggungjawab berikut :-

  • Kawalan pelan-pelan bangunan dan pengeluaran sijil kelayakan untuk diduduki bagi semua bangunan sektor swasta dan pembangunan perumahan di bawah bidang kuasa Majlis

  • Kelulusan untuk Penyerahan Pelan Kejuruteraan Baru dan pengeluaran sijil penyiapan bagi kerja-kerja kejuruteraan baru

  • Penyelenggaraan bangunan-bangunan Majlis, pasar-pasar, tandas-tandas awam, kolam renang, gerai-gerai penjaja dan lain-lain

  • Tugas-tugas lain jika diperlukan oleh Majlis melalui resolusi mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan/atau seperti yang diarahkan oleh Setiausaha Perbandaran

Demi melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab, Bahagian Kerja Raya Majlis akan menguatkuasakan mana-mana seksyen Ordinan Kuasa Tempatan, Ordinan Bangunan, Peraturan Trafik yang berkaitan dan resolusi Majlis dari masa ke semasa.


Laman Seksyen