TARIKH AKHIR BAYAR BAGI BIL CUKAI TAKSIRAN ½ TAHUN PERTAMA & ½ TAHUN KEDUA 2008
Tarikh akhir pembayaran bil bagi kedua-dua tempoh adalah seperti berikut:-
|
Tempoh Cukai
|
Tarikh Akhir Bayar
|
|
½ TAHUN PERTAMA 2008
|
Sabtu, 31.05.2008
|
|
½ TAHUN KEDUA 2008
|
Jumaat, 31.10.2008
|
Sila bayar bil-bil cukai taksiran anda pada atau sebelum dari tarikh akhir yang dinyatakan di atas. Kegagalan anda berbuat demikian menyebabkan anda dikenakan sercaj berjumlah 1% atau sebahagian daripadanya tanpa sebarang pengecualian. Ini jelas seperti yang ditetapkan dalam peruntukan Seksyen 74 (1), Local Authorities Ordinance, 1996.
PERTUKARAN HAKMILIK PEGANGAN
Menurut peruntukan Bahagian VII - Seksyen 87, Local Authorities Ordinance, 1996, anda dikehendaki memaklumkan secara bertulis sekiranya pegangan berkadar anda telah DIJUAL atau DIPINDAHMILIK kepada pihak lain. Salinan dokumen transaksi pindahmilik yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada Majlis untuk tujuan rekod. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 87 (6), Local Authorities Ordinance, 1996.
PEGANGAN BERKADAR YANG DIROBOH
Menurut Regulation 7(a), Local Authorities (Rating) Regulation, 1997, pihak Majlis berhak untuk memansuhkan sejumlah bayaran cukai taksiran jika sesebuah pegangan berkadar itu telah diroboh. Oleh itu, pembayar cukai/pemilik dikehendaki MEMAKLUMKAN secara bertulis dengan SEGERA sebaik sahaja pegangan berkadar mereka diroboh. Pihak Majlis TIDAK AKAN MELAYAN permohonan untuk mengecualikan bayaran cukai taksiran jika anda gagal berbuat demikian.
|