Perkadaran Dan Penilaian

Perkadaran Dan Penilaian

NOTIS

Pembayar Cukai/Pemilik/Tuanpunya Pegangan Berkadar

TARIKH AKHIR BAYAR BAGI BIL CUKAI PINTU ½ TAHUN PERTAMA & ½ TAHUN KEDUA 2007

Tarikh akhir pembayaran bil bagi kedua-dua tempoh adalah seperti berikut:-

Tempoh Cukai

Tarikh Akhir Bayar

½ TAHUN PERTAMA 2007

31.05.2007

½ TAHUN KEDUA 2007

31.10.2007

Sila bayar bil-bil cukai pintu anda pada atau sebelum dari tarikh akhir yang dinyatakan di atas. Kegagalan anda berbuat demikian menyebabkan anda dikenakan sercaj berjumlah 1% atau sebahagian daripadanya tanpa sebarang pengecualian. Ini jelas seperti yang ditetapkan dalam peruntukan Seksyen 74 (1), Local Authorities Ordinance, 1996.

PERTUKARAN HAKMILIK PEGANGAN

Menurut peruntukan Bahagian VII - Seksyen 87, Local Authorities Ordinance, 1996, anda dikehendaki memaklumkan secara bertulis sekiranya pegangan berkadar anda telah DIJUAL atau DIPINDAHMILIK kepada pihak lain. Salinan dokumen transaksi pindahmilik yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada Majlis untuk tujuan rekod. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 87 (6), Local Authorities Ordinance, 1996.

PEGANGAN BERKADAR YANG DIROBOH

Menurut Regulation 7(a), Local Authorities (Rating) Regulation, 1997, pihak Majlis berhak untuk memansuhkan sejumlah bayaran cukai pintu jika sesebuah pegangan berkadar itu telah diroboh. Oleh itu, pembayar cukai/pemilik dikehendaki MEMAKLUMKAN secara bertulis dengan SEGERA sebaik sahaja pegangan berkadar mereka diroboh. Pihak Majlis TIDAK AKAN MELAYAN permohonan untuk mengecualikan bayaran cukai pintu jika anda gagal berbuat demikian.

Pemangku Setiausaha Perbandaran,
Majlis Perbandaran Sibu          

Tarikh : 29 Januari 2007