Lesen Penyimpanan Petroleum

Lesen Penyimpanan Petroleum

Lesen ini dikeluarkan mengikut ketetapan dalam Ordinan Pihak Berkuasa, Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Sibu (Penyimpanan Petroleum),1962.

Pemilik lesen harus mematuhi syarat-syarat berikut :-

1.

Premis yang dilesenkan hendaklah sentiasa bersih. Kawasan sekitar stesen minyak hendaklah dijaga dengan rapi dan kemas.

2.

Aktiviti pembaikan/mengecat kenderaan dalam premis yang dilesenkan adalah dilarang, melainkan yang diluluskan seperti dalam perancangan rekabentuk.

3.

Sebarang bentuk pemanasan peralatan besi atau pengecas elektrik adalah dilarang.

4.

Dilarang meletak kenderaan atau tong minyak dalam kawasan premis yang dilesenkan.

5.

Notis amaran "DILARANG MEROKOK" dan "MATIKAN ENJIN" di dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin hendaklah dipamerkan di sekitar premis yang dilesenkan.

6.

Pemilik lesen hendaklah menyediakan alat pemadam kebakaran yang mencukupi seperti yang diluluskan oleh Jabatan Bomba.


Laman Kesihatan Dan Pentadbiran Awam