Keris pada sebelah kiri bulatan mewakili masyarakat Melayu.
Pokok mewakili bandar Sibu yang merupakan pusat ekonomi di mana koko, getah, lada, sagu, minyak kelapa sawit dan kayu balak adalah hasil ekspotnya.
|
 |
Perisai mewakili masyarakat Dayak.
Tangan putih menggenggam sebilah kapak mewakili penduduk bandar Sibu yang rajin bekerja, bercita-cita tinggi, jujur, peramah dan pemurah.
|
Naga yang melingkar mengelilingi bulatan mewakili masyarakat Cina.
Air berwarna biru di bawah bulatan mewakili Sungai Rejang, dimana ia merupakan jalan air yang terpenting di Sarawak dan Sibu terletak di tebingnya.
Keris, perisai dan naga mewakili masyarakat bersatu, bersama-sama memajukan Sibu.
|