Pada masa ini terdapat 364 orang anggota tetap (bergaji bulanan) dan 171 orang anggota tidak tetap (bergaji harian) bekerja di Majlis Perbandaran Sibu. Majlis diketuai oleh Setiausaha Perbandaran selaku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis.
Setiap Seksyen diketuai oleh Ketua Seksyen yang telah diamanahkan oleh Setiausaha Perbandaran untuk mengawal peruntukan perbelanjaan yang diluluskan dalam Anggaran Tahunan Majlis. Barisan jawatankuasa pengurusan Majlis adalah seperti berikut :-
Seksyen Pentadbiran & Inovasi
Peranan dan fungsi :-
-
Fail dan rekod
-
Keselamatan
-
Lembaga Pelupusan
-
Lembaga Sebut Harga
-
Pakaian seragam
-
Pembelian dan bekalan alat tulis dan peralatan pejabat
-
Penghantaran surat-menyurat rasmi
-
Pengurusan inventori
-
Kemiskinan bandar
-
Pengurusan Unit Kualiti & Inovasi, Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi & Unit Pentadbiran Am
Unit Kualiti & Inovasi
Peranan dan fungsi :-
Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi
Peranan dan fungsi :-
-
Inventori komputer dan aksesori
-
Pentadbir rangkaian
-
Pengaturcaraan
-
Penyelenggaraan komputer dan aksesori secara rutin
-
Penyelenggaraan perisian dan perkakasan sistem
-
Webmaster
Unit Pentadbiran Am
Peranan dan fungsi :-
atas
Seksyen Perhubungan Awam
Peranan dan fungsi :-
-
Lawatan dan taklimat
-
Majlis-majlis dan perayaan-perayaan rasmi
-
Pengurusan biro aduan awam
-
Pengurusan mesyuarat dan dialog
-
Pengurusan tempahan fasiliti majlis
-
Perihal protokol
-
Siaran akhbar
-
Pengurusan Unit Perpustakaan Awam, Unit Perhubungan Awam, Unit Letak Kereta & Unit Kolam Renang
Unit Perpustakaan Awam
Bangunan Perpustakaan Awam telah dibina dalam tahun 1984 dengan kos sebanyak RM2.4 juta. Ia menyediakan perkhidmatan peminjaman, rujukan dan internet selain dari mengelolakan aktiviti untuk kanak-kanak.
Peranan dan fungsi :-
Unit Perhubungan Awam
Peranan dan fungsi :-
Unit Letak Kereta
Peraturan Letak Kereta Majlis Daerah Bandaran Sibu telah diluluskan pada bulan Oktober 1981 dan mula dikuatkuasakan pada bulan Disember 1982. Pada masa itu, Unit Letak Kereta telah diwujudkan untuk menguatkuasakan peraturan tersebut. Unit Letak Kereta dikendalikan oleh 18 orang kakitangan yang bertugas di dalam pejabat dan 108 orang Atendan Letak Kereta yang bertugas di luar pejabat. Kutipan bayaran letak kereta tahunan adalah kira-kira RM2.3 juta.
Peranan dan fungsi :-
Unit Kolam Renang
Peranan dan fungsi :-
atas
Seksyen Perbendaharaan
Bahagian Perbendaharaan Majlis pada keseluruhannya bertanggungjawab ke atas pungutan hasil dan pembayaran untuk Majlis, menyimpan dan menyediakan akaun-akaun tahunan untuk diperiksa oleh Jabatan Audit, penyediaan perbelanjaan tahunan dan mengemukakan laporan kepada pelbagai agensi kerajaan dari masa ke semasa. Sistem pelaksanaan tugasnya adalah hampir sama dengan Pejabat Perbendaharaan Bahagian.
Peranan dan fungsi :-
-
Kawalan wang tunai dan menyimpan laporan bagi hasil dan perbelanjaan
-
Menyediakan perkhidmatan kaunter pembayaran SBBS
-
Membuat pembayaran gaji, upah dan lain-lain perbelanjaaan untuk kerja dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disumbangkan
-
Pemungutan hasil
-
Penyediaan anggaran tahunan/akaun tahunan untuk hasil dan perbelanjaan
-
Pengurusan Unit Hasil & Perbelanjaan & Unit Pusat Khidmat Pelanggan
atas
Seksyen Undang-Undang & Penguatkuasaan
Peranan dan fungsi :-
-
Membuat kaveat ke atas hartanah yang mana cukai pintunya belum dijelaskan
-
Memeriksa dokumen perundangan
-
Mengemaskinikan Undang-undang Kecil Majlis
-
Penasihat perihal perundangan
-
Permit iklan
-
Pengurusan Unit Penguatkuasaan
Unit Penguatkuasaan
Unit Penguatkuasaan telah ditubuhkan pada hari Khamis, 01 Julai, 1982. Unit Penguatkuasaan mempunyai seramai 33 orang anggota di bawah jagaan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27.
Tugas utama Unit Penguatkuasaan ini adalah untuk menguatkuasakan Ordinan Kuasa Tempatan 1996 dan Undang-undang Kecil MPS yang berkaitan di bawah bidang kuasa Majlis.
Peranan dan fungsi :-
-
Mengambil tindakan bersama dengan Seksyen Kawalan Bangunan untuk merobohkan pembinaan/struktur haram
-
Mengambil tindakan bersama dengan Unit Kesihatan Dan Perkhidmatan Awam dalam menguatkuasakan Undang-undang Kecil Sampah-sarap
-
Mengambil tindakan bersama dengan Unit Kesihatan Dan Perkhidmatan Awam untuk mengawal penjaja-penjaja terutama penjaja tanpa lesen
-
Menguatkuasakan Undang-undang Kecil Majlis dari masa ke semasa seperti yang diperlukan oleh Majlis
atas
Seksyen Penilaian & Kadaran
Peranan dan fungsi :-
-
Membuat kaveat ke atas hartanah yang mana cukai pintunya belum dijelaskan
-
Menerima bukti-bukti penyewaan hartanah bercukai pintu
-
Mengambil tindakan undang-undang ke atas pembayar cukai pintu yang gagal menjelaskan pembayaran cukai pintu mereka
-
Mengeluarkan notis tuntutan kepada pembayar cukai pintu yang gagal menjelaskan pembayaran cukai pintu mereka
-
Mengendalikan kajian berkala
-
Menjanakan bil-bil penilaian
-
Menyarankan nama-nama jalan dan lorong
-
Menyiasat permohonan-permohonan untuk remisi cukai pintu
-
Menyukat semua hartanah bercukai pintu (termasuk yang dibina tanpa kelulusan pelan atau diduduki sebelum pengeluaran Sijil/Permit Pendudukan)
-
Pemeriksaan bangunan kosong untuk tujuan rebet cukai pintu
-
Pengagihan nombor premis-premis
-
Pengiraan nilai cukai pintu tahunan bagi semua hartanah bercukai pintu
atas
Seksyen Kesihatan & Perkhidmatan Awam
Peranan dan fungsi :-
-
Pendidikan dan kesedaran awam
-
Perancangan dan pelaksanaan Local Agenda 21
-
Perancangan dan pelaksanaan MurniNet
-
Pengurusan Unit Kesihatan & Perkhidmatan Awam & Unit Sumber Manusia
Unit Kesihatan & Perkhidmatan Awam
Peranan dan fungsi :-
-
Kawalan pencegahan penyakit-penyakit berjangkit, Anti Denggi dan melaksanakan Operasi Penyemburan
-
Mencantas/memotong rumput di bahu jalan setiap dua (2) minggu sekali
-
Mencuci dan menyental parit-parit/longkang-longkang rumah kedai di bandar dan kawasan-kawasan komersial di sub-bandar
-
Pembersihan tepi jalan dan sempadan parit/longkang dalam bidang kuasa Perbandaran dan melaksanakan pembersihan kelodak di kawasan-kawasan utama
-
Pemeriksaan ante/posmortem terhadap binatang-binatang ternakan sebelum penyembelihan di rumah sembelih
-
Pemeriksaan/Penilaian premis-premis MAKANAN dan BUKAN MAKANAN untuk mematuhi kebersihan dan penyelenggaraan Pasar-pasar, Petak-petak Gerai dan Rumah Penyembelihan
-
Pentadbiran dan penguatkuasaan Ordinan Kesihatan Awam, Akta Makanan, Undang-undang Kecil Pasar dan Penjaja, Undang-undang Kecil Pelupusan Sampah-Sarap dan lain-lain Undang-undang Kecil Kesihatan Awam yang penting
-
Penyelenggaraan dan kebersihan Tandas-tandas Awam
-
Penyelenggaraan dan pengendalian loji Pemprosesan Pembentungan di Estet Perumahan Rejang Park
-
Penyelenggaraan Kebersihan Alam Sekitar dan Kesihatan Awam am seperti menyapu jalan raya, menangkap anjing-anjing tanpa lesen, pembuangan sampah-sarap pukal
-
Penyelenggaraan pungutan dan pembuangan sampah-sarap oleh kontraktor
-
Perlesenan dan kawalan Penjaja-penjaja, Gerai-gerai dan Penjaja Runcit
-
Perlesenan dan kawalan premis-premis MAKANAN dan BUKAN MAKANAN untuk Kedai-kedai Makanan/Restoran dan Hotel-hotel/Salun Gunting Rambut, Hiburan dan lain-lain
-
Penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan pembersihan tangki septik dengan dikenakan bayaran perkhidmatan
Unit Sumber Manusia
Peranan dan fungsi :-
atas
Seksyen Kawalan Bangunan
Seksyen ini telah diamanahkan oleh Majlis dengan fungsi-fungsi dan tanggungjawab berikut :-
-
Kawalan pelan-pelan bangunan dan pengeluaran sijil kelayakan untuk diduduki bagi semua bangunan sektor swasta dan pembangunan perumahan di bawah bidang kuasa Majlis
-
Penyelenggaraan bangunan-bangunan Majlis, pasar-pasar, tandas-tandas awam, kolam renang, gerai-gerai penjaja dan lain-lain
-
Tugas-tugas lain jika diperlukan oleh Majlis melalui resolusi mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan/atau seperti yang diarahkan oleh Setiausaha Perbandaran
Demi melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab, Bahagian Kerja Raya Majlis akan menguatkuasakan mana-mana seksyen Ordinan Kuasa Tempatan, Ordinan Bangunan, Peraturan Trafik yang berkaitan dan resolusi Majlis dari masa ke semasa.
atas
Seksyen Jalan, Perparitan & Pengangkutan Bandar
Seksyen ini telah diamanahkan oleh Majlis dengan fungsi-fungsi dan tanggungjawab berikut :-
-
Penyelenggaraan dan memperbaiki jalan raya, parit-parit/longkang-longkang, tempat pejalan kaki, bebendul jalan, jambatan-jambatan dan pembentung di bandar
-
Penyelenggaraan tanda isyarat, pulau-pulau pembahagi trafik dan isyarat-isyarat dan kawalan trafik termasuk tempat letak kereta
-
Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan
-
Tugas-tugas lain jika diperlukan oleh Majlis melalui resolusi mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan/atau seperti yang diarahkan oleh Setiausaha Perbandaran
-
Pengurusan Unit Pelan Kejuruteraan, Unit Penyelenggaraan Jalan & Penyelenggaraan Perparitan, Unit Depo/Mekanikal & Unit Lalulintas & Pengangkutan Bandar
Demi melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab, Bahagian Kerja Raya Majlis akan menguatkuasakan mana-mana seksyen Ordinan Kuasa Tempatan, Ordinan Bangunan, Peraturan Trafik yang berkaitan dan resolusi Majlis dari masa ke semasa.
Unit Penyelenggaraan Jalan & Penyelenggaraan Perparitan
Peranan dan fungsi :-
-
Penyelenggaraan dan memperbaiki jalan raya, parit-parit/longkang-longkang, tempat pejalan kaki, bebendul jalan, jambatan-jambatan dan pembentung di bandar
-
Penyelenggaraan tanda isyarat, pulau-pulau pembahagi trafik dan isyarat-isyarat dan kawalan trafik termasuk tempat letak kereta
-
Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan
-
Tugas-tugas lain jika diperlukan oleh Majlis melalui resolusi mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan/atau seperti yang diarahkan oleh Setiausaha Perbandaran
Unit Depo/Mekanikal
Peranan dan fungsi :-
-
Penyelenggaraan jentera berat, kelengkapan, kenderaan dan penyaman udara Majlis ini
-
Penyediaan perkhidmatan teknikal dan bantuan kepada Bahagian lain di Majlis tentang hal-hal teknikal
-
Tugas-tugas lain jika diperlukan oleh Majlis melalui resolusi mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan/atau seperti yang diarahkan oleh Setiausaha Perbandaran
atas
Seksyen Perancangan & Pembangunan
Seksyen ini telah diamanahkan oleh Majlis dengan fungsi-fungsi dan tanggungjawab berikut :-
-
Perancangan, reka bentuk, pelaksanaan dan penyeliaan pembangunan dan perbelanjaan khas projek-projek Majlis
-
Kelulusan untuk Penyerahan Pelan Kejuruteraan Baru dan pengeluaran sijil penyiapan bagi kerja-kerja kejuruteraan baru
-
Tugas-tugas lain jika diperlukan oleh Majlis melalui resolusi mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan/atau seperti yang diarahkan oleh Setiausaha Perbandaran
Demi melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab, Bahagian Kerja Raya Majlis akan menguatkuasakan mana-mana seksyen Ordinan Kuasa Tempatan, Ordinan Bangunan, Peraturan Trafik yang berkaitan dan resolusi Majlis dari masa ke semasa.
atas
Seksyen Pengindahan Bandar & Landskap
Seksyen ini telah diamanahkan oleh Majlis dengan fungsi-fungsi dan tanggungjawab berikut :-
Demi melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab, Bahagian Kerja Raya Majlis akan menguatkuasakan mana-mana seksyen Ordinan Kuasa Tempatan, Ordinan Bangunan, Peraturan Trafik yang berkaitan dan resolusi Majlis dari masa ke semasa.
atas
Seksyen Kontrak & Pemantauan Projek

atas |