Maklum Balas/Komen | Peta Laman | Mobile Web | Pautan Bantuan/Sokongan Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 AAA  Malay  | English
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Sibu
Pautan ke RSS Berita Pautan ke RSS Aturcara Kemaskini Pada: 18 Jun 2013
Versi 4.3.6a
Terma dan syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | W3C Disability Access

 
Carian
 

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan

Pencapaian Piagam
Pelanggan 2013

Pencapaian Piagam
Pelanggan 2012


ORANG AWAM

e-Booking

Libr@ryNet

Paybills Malaysia

SMC SMS Hotline

Talikhidmat


NEWSLETTER



HUBUNGI KAMI
Alamat Surat Menyurat :
Majlis Perbandaran Sibu
Tingkat 19 - 24, Wisma Sanyan,
No. 1, Jalan Sanyan,
Peti Surat 557,
96007, Sibu,
Sarawak.
Tel. : 6084-333411
Hotline : 6084-310808
Faks. : 6084-320240
E-Mel : SMC@smc.gov.my
Laman Web : www.smc.gov.my
Waktu Bekerja : 0800 - 1700
(Isnin - Jumaat)

Pentadbir Laman Web :
Cik Dayangku Suriyati
binti Haji Awang Sudin

Seterusnya ...

Peranan Dan Fungsi Cetak Peranan Dan Fungsi
[ Mengenai MPS < Peranan Dan Fungsi ]

 

Majlis Perbandaran Sibu bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat Sibu dalam empat (4) bidang :-

  • Membangun Rasa Tanggungjawab Kemasyarakatan

  • Pengurusan Kemudahan Awam

  • Perkhidmatan Infrastruktur

  • Perkhidmatan Perbandaran

Membangun Rasa Tanggungjawab Kemasyarakatan

Majlis Perbandaran Sibu bertanggungjawab dalam menyebar dan memberitahu mengenai undang-undang dan peraturan kepada semua lapisan masyarakat iaitu secara proaktif berusaha untuk menghebahkan kepada masyarakat bagaimana undang-undang dan peraturan ini mendatangkan faedah kepada mereka.

  • Peranan Pendidikan

    Majlis Perbandaran Sibu mempunyai tanggungjawab besar dalam mempromosi dan mendidik kesedaran sivik dan jati diri kepada semua lapisan masyarakat di Sibu. Penduduk hendaklah digalakan mempunyai semangat mempunyai dan kekitaan terhadap bandar mereka iaitu terhadap infrastruktur, perkhidmatan dan kemudahan awam yang ada.

  • Peranan Pengawalan

    Majlis Perbandaran Sibu telah menghalusi undang-undang dan peraturan sebagai menyokong usaha dalam pembangunan kesedaran hidup bermasyarakat. Majlis Perbandaran Sibu dalam peranan pengawalan bukan untuk memaksa, menghalang dan menghadkan kebebasan atau kualiti kehidupan masyarakat tetapi untuk menggalakan semangat kemasyarakatan dan menjaga agar ianya tidak dinikmati oleh sebilangan kecil penduduk sahaja.

  • Peranan Penguatkuasaan

    Sebagai tambahan kepada peranan pengawalan, Majlis Perbandaran Sibu juga berperanan sebagai penguatkuasa. Ini adalah untuk memastikan masyarakat di Sibu secara keseluruhannya dilindungi dan terpelihara daripada sebilangan kecil orang yang bersikap mementingkan diri sendiri dan yang mempunyai kepentingan diri.

Pengurusan Kemudahan Awam

  • Pasar & Pusat Penjaja

  • Perpustakaan Awam

  • Rumah Penyembelihan

  • Taman

    • Pengindahan Bandar

    • Tapak Semaian

  • Tandas Awam

  • Tempat Letak Kereta

  • Tempat Pelupusan Sampah

  • Tempat Rekreasi

    • Dewan Masyarakat

    • Kolam Renang

    • Stadium Sukan

  • Terminal Bas & Perhentian Bas Berbumbung

Perkhidmatan Infrastruktur

Majlis beriltizam dalam menanggung pembangunan dan penyenggaraan perkhidmatan infrastruktur awam termasuk :-

  • Jalan Raya

    • Pembinaan Jalan Raya Baru

    • Pengawalan Aliran Trafik Secara Efektif

    • Penyediaan Tanda Arah

  • Laluan Pejalan Kaki & Siaraya

  • Lampu Jalan

  • Perhentian Bas, Perhentian Bas Berbumbung & Terminal

  • Perparitan

  • Projek Pembangunan

Perkhidmatan Perbandaran

Perkhidmatan Perbandaran yang disediakan oleh Majlis adalah perkhidmatan secara tradisional tetapi masih diperlukan untuk memastikan kualiti yang bersepadu terhadap kehidupan dan pembangunan masyarakat :-

  • Kawalan Bangunan

    • Memproses Pelan Bangunan

    • Struktur Bangunan Yang Tidak Dibenarkan

  • Kesihatan Awam & Kawalan Vektor

  • Pembentungan & Menyelenggara Perparitan

  • Pembersihan Sampah Sarap, Pungutan Sampah & Pembuangan Bahan Buangan

  • Pemotongan Rumput & Penyelenggaraan Tepi Jalan

  • Penyelenggaraan Jalan Raya

  • Perkadaran & Pencukaian

    • Pemberian Nombor Rumah

    • Penamaan Jalan Raya

  • Perkhidmatan Kaunter

  • Perkhidmatan Pencegahan & Penguatkuasaan

  • Perlesenan

 
|

Pautan ke Setiausaha Negeri SarawakPautan ke Ketua MenteriPautan ke Kerajaan MalaysiaPautan ke MSC MalaysiaPautan ke Kerajaan Sarawak