Maklum Balas/Komen | Peta Laman | Mobile Web | Pautan Bantuan/Sokongan Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 AAA  Malay  | English
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Sibu
Pautan ke RSS Berita Pautan ke RSS Aturcara Kemaskini Pada: 18 Jun 2013
Versi 4.3.6a
Terma dan syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | W3C Disability Access

 
Carian
 

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan

Pencapaian Piagam
Pelanggan 2013

Pencapaian Piagam
Pelanggan 2012


ORANG AWAM

e-Booking

Libr@ryNet

Paybills Malaysia

SMC SMS Hotline

Talikhidmat


NEWSLETTER



HUBUNGI KAMI
Alamat Surat Menyurat :
Majlis Perbandaran Sibu
Tingkat 19 - 24, Wisma Sanyan,
No. 1, Jalan Sanyan,
Peti Surat 557,
96007, Sibu,
Sarawak.
Tel. : 6084-333411
Hotline : 6084-310808
Faks. : 6084-320240
E-Mel : SMC@smc.gov.my
Laman Web : www.smc.gov.my
Waktu Bekerja : 0800 - 1700
(Isnin - Jumaat)

Pentadbir Laman Web :
Cik Dayangku Suriyati
binti Haji Awang Sudin

Seterusnya ...

Prinsip Cetak Prinsip
[ Mengenai MPS < Prinsip ]

 

Untuk menjadi cekap dan berkesan, Majlis harus menerangkan dengan jelas prinsip-prinsip yang dipraktiskan. Prinsip-prinsip tersebut menyediakan garis panduan untuk Majlis untuk melaksanakan tugas dengan konsisten. Sebagai tambahan, prinsip-prinsip tersebut boleh menjelaskan kepada orang ramai bagaimana Majlis menangani isu dan masalah tempatan. Ini boleh membantu mengelakkan salah faham dan menggalakkan sokongan padu dan komitmen dari pihak yang bekerjasama dengan Majlis.

Bekerja Di Dalam Kerjasama Yang Bijak

Adalah penting bagi Majlis Perbandaran Sibu untuk berganding bahu dengan semua pihak terbabit sebagai sebuah kumpulan yang bersatu. Setiap pihak yang terbabit perlu menganggap satu sama lain sebagai rakan kongsi di dalam usaha untuk menjadikan Sibu sebuah bandar yang lebih baik.

Ahli politik termasuk semua menteri, wakil rakyat dan ahli Majlis Perbandaran Sibu berperanan menyediakan arah dan keputusan dasar. Kakitangan Majlis Perbandaran Sibu berperanan melaksanakan keputusan tersebut melalui kerjasama dan bantuan daripada agensi kerajaan yang lain dan perunding. Pihak media berperanan menyampaikan maklumat yang betul kepada orang ramai, di mana ia akan membantu mengelakkan salah faham dan menggalakkan kerjasama sepenuhnya dari orang ramai. Orang ramai yang menerima hasil dari gandingan semua pihak tersebut akan memberi sokongan padu kepada Majlis. Sudah tiba masanya untuk rakyat dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam usaha menyertai keputusan yang berkaitan dengan mereka.

Di dalam semangat kerjasama tersebut, tiada sesiapa pun harus mencari kesalahan atau menyalahkan pihak lain tetapi memberi pandangan dan cadangan yang membina to memperbaiki kekurangan yang mungkin timbul. Semua pihak harus berpandangan positif semasa menangani isu yang berkenaan Sibu tanpa membabitkan sentimen individu.

Untuk mempromosi dan meneruskan kerjasama bijak ini, Majlis mengambil langkah berikut :-

  • Mengadakan program pendidikan dan kesedaran mengenai peranan dan fungsi Majlis

  • Membuat sidang akhbar mengenai dasar dan keputusan Majlis untuk memastikan tiada salah faham berlaku serta ketelusan berada di peringkat tinggi

  • Sesi dialog bersama pihak berkaitan untuk membincangkan dan mendengar pandangan berkenaan isu yang berkaitan

  • Menyediakan talian untuk melayan aduan dan pertanyaan awam secara berkesan

Formula 4F ('Fair, Firm, Fast And Flexible')

Majlis yakin bahawa formula 4F - Adil, Tegas, Cepat dan Fleksibel merupakan prinsip yang perlu ada semasa berurusan dengan orang ramai.

Pertama, Majlis perlu adil kepada semua pihak di dalam membuat keputusan. Pilih kasih perlu dielakkan. Tambahan kepada itu, Majlis perlu bersifat telus di dalam semua urusan. Keputusan yang dibuat harus diikuti dengan tegas tanpa rasa takut dan pilih kasih. Majlis juga perlu bertindak dan melaksanakan keputusan yang telah dibuat dengan cepat. Melewat-lewatkan perlaksanaan akan menampakkan ketidakupayaan dan ketiadaan keyakinan untuk menghadapi situasi tersebut. Walau bagaimanapun, semasa menangani isu berkaitan orang ramai atau semasa perlaksanaan, Majlis akan besifat fleksibel untuk mendengar dan menimbangkan pandangan majoriti atau menyesuaikan perlaksanaan dengan keadaan.

Kepimpinan Proaktif Dan Inovasi

Sebagai pihak berkuasa di Sibu, Majlis Perbandaran Sibu berperanan sebagai ketua dalam memastikan Sibu sebagai sebuah bandar yang bersih, cantik, sihat dan teratur. Majlis yakin pada kepimpinan proaktif di mana Majlis mampu membayangkan dan menganggar isu dan cabaran yang akan datang. Oleh itu, Majlis sentiasa merancang dan bersedia untuk menghadapi isu dan cabaran sebelum ia tiba. Menunggu dan menyelesaikannya bila perlu adalah reaktif untuk kecekapan.

Sebagai tambahan, Majlis perlu bersifat inovasi. Berlalu sudah masa di mana Majlis memilih keadaan yang telah sedia ada dan memperjuangkan tradisi dan birokrasi. Perubahan senario yang pantas masakini memerlukan Majlis untuk bergerak bersama perubahan. Majlis perlu berani dan fleksibel untuk mengubah keadaan yang telah sedia ada kepada alternatif yang lebih baik.

 
|

Pautan ke Setiausaha Negeri SarawakPautan ke Ketua MenteriPautan ke Kerajaan MalaysiaPautan ke MSC MalaysiaPautan ke Kerajaan Sarawak