| [ Mengenai MPS < Sejarah < Majlis Perbandaran Sibu (MPS) ] |
Majlis Daerah Bandaran Sibu telah distruktur semula dan dinaik taraf menjadi MAJLIS PERBANDARAN SIBU pada hari Ahad, 01 November, 1981 dengan kawasan pentadbiran ditambah daripada 50km persegi kepada 129.5km persegi. Kawasan ini meliputi pusat bandar Sibu, Pasar Sungei Merah, tebing timur Batang Rejang dan termasuk Pulau Kerto hingga ke KM 10 Jalan Teku, KM 12 Jalan Oya dan kira-kira KM 8 Jalan Salim.
Jumlah penduduk dalam kawasan Perbandaran Sibu adalah kira-kira 126,000 orang berdasarkan banci penduduk tahun 1991.
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 24 orang kaunselor telah dilantik untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk tempoh dua (2) tahun mulai hari Ahad, 01 November, 1981 adalah seperti berikut :-
Senarai Kaunselor : 1981 - 1983
Kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis dilanjutkan tempoh perkhidmatan sehingga penghujung tahun 1987.
Memandangkan kaunselor dilantik dua (2) tahun sekali, sekumpulan kaunselor yang baru telah mula berkhidmat pada hari Selasa, 01 November, 1983. Senarai nama adalah seperti berikut :-
Senarai Kaunselor : 1983 - 1985
Sama seperti perlantikan terdahulu, perlantikan sebagai kaunselor untuk tempoh dua (2) tahun mulai hari Jumaat, 01 November, 1985 adalah seperti berikut :-
Senarai Kaunselor : 1985 - 1987
Dalam tahun 1988, mereka telah diganti oleh sekumpulan 26 orang kaunselor yang baru seperti di dalam senarai di bawah :-
Senarai Kaunselor : 1988 - 1990
Untuk tahun 1991 - 1992, kaunselor yang baru dilantik adalah seperti berikut :-
Senarai Kaunselor : 1991 - 1992
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 24 orang kaunselor telah dilantik untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk tahun 1993 - 1994 adalah seperti berikut :-
Senarai Kaunselor : 1993 - 1994
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 24 orang kaunselor telah dilantik untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk tahun 1995 - 1996 adalah seperti berikut :-
Senarai Kaunselor : 1995 - 1996
Tempoh perkhidmatan sebagai kaunselor telah dilanjutkan setahun lagi sehingga bulan Disember 1997.
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 24 orang kaunselor telah dilantik untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk tahun 1998 adalah seperti berikut :-
Senarai Kaunselor : 1998
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 24 orang kaunselor telah dilantik untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk tahun 1999 - 2000 adalah seperti berikut :-
Senarai Kaunselor : 1999 - 2000
Tempoh perkhidmatan sebagai kaunselor telah dilanjutkan sehingga bulan Disember 2003.
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 25 orang kaunselor telah dilantik untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk tahun 2004 - 2006 adalah seperti berikut :-
Senarai Kaunselor : 2004 - 2006
Tempoh perkhidmatan sebagai kaunselor telah dilanjutkan sehingga bulan Disember 2008.
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 25 orang kaunselor telah dilantik untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk tahun 2009 adalah seperti berikut :-
Senarai Kaunselor : 2009
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 25 orang kaunselor telah dilantik untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk tahun 2010 - 2011 adalah seperti berikut :-
Senarai Kaunselor : 2010 - 2011
Urusan pentadbiran Majlis diketuai oleh Setiausaha Perbandaran selaku Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Majlis. Nama-nama KPE sejak beberapa tahun lalu adalah seperti berikut :-
|
1.
|
Encik Wee Chong Jin
|
1950 - Sabtu, 31 Mei, 1958
|
|
2.
|
Encik Ling Poh Kuang
|
Ahad, 01 Jun, 1958 - Sabtu, 01 Julai, 1961
|
|
3.
|
Encik Chin Ting Ming
|
Rabu, 16 Ogos, 1961 - Jumaat, 10 Januari, 1964
|
|
4.
|
Encik Ling Poh Kuang
|
Sabtu, 11 Januari, 1964 - Ahad, 31 Oktober, 1976
|
|
5.
|
Encik Chan Pik Kwang
|
Isnin, 01 November, 1976 - Sabtu, 31 Mac, 1979
|
|
6.
|
Encik Ling Poh Kuang
|
Ahad, 01 April, 1979 - Rabu, 28 April, 1982
|
|
7.
|
Encik Peter Ngu Teck Ming
|
Khamis, 29 April, 1982 - Khamis, 31 Januari, 1985
|
|
8.
|
Encik Stephen Tsai Jit Jui
|
Jumaat, 01 Febuari, 1985 - Khamis, 22 Julai, 2004
|
|
9.
|
Ir. Wong Fu Toh (Pemangku Setiausaha Majlis)
|
Jumaat, 23 Julai, 2004 - Selasa, 27 Januari, 2009
|
|
10.
|
Encik Hii Chang Kee (Pemangku Setiausaha Majlis)
|
Rabu, 28 Januari, 2009 - Rabu, 04 Mac, 2009
|
|
10.
|
Encik Hii Chang Kee
|
Khamis, 05 Mac, 2009 - sekarang
|
Sejak ditubuhkan, Majlis Perbandaran Sibu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membangunkan bandar Sibu. Diantara projek besar adalah seperti berikut :-
-
Rejang Esplanade telah siap dibina dalam tahun 1988 dengan kos RM916,175.13.
-
Taman Mini Jalan Mission telah siap dibina dalam tahun 1990 dengan kos RM478,449.00.
-
Taman Rekreasi Bukit Lima telah siap dibina dalam bulan April 1991 dengan kos RM617,797.13.
-
Taman Trafik di Taman Rejang telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam tahun 1993. Sejak itu, pertandingan trafik setiap tahun diadakan dan dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu secara bergilir-gilir.
-
Taman Kereta Bertingkat yang setinggi enam (6) tingkat di persimpangan Jalan Kampung Nyabor dan Jalan Wong Nai Siong dengan menyediakan sebanyak 374 ruang letak kereta dan gerai makan di tingkat atas, telah siap dibina pada penghujung tahun 1993 dengan kos kira-kira RM9.7 juta.
-
Taman Jubli Bukit Aup (Fasa I) meliputi keluasan kira-kira lapan (8) ekar telah siap dibina dalam bulan Mac 1993 dengan kos kira-kira RM3 juta. Taman Jubli Bukit Aup (Fasa II) meliputi kawasan kira-kira 14 ekar telah siap dibina dalam bulan Julai 1997 dengan kos RM4 juta. Walaupun ia membabitkan perbelanjaan yang besar, ianya adalah projek yang berbaloi memandangkan ia memberi kemudahan taman rekreasi kepada penduduk Sibu dimana mereka boleh menghabiskan masa lapang dengan berehat.
-
Pasar Sentral Sibu yang baru di Jalan Channel telah siap dibina pada penghujung tahun 1996 dengan kos kira-kira RM12 juta. Dengan siapnya pasar baru ini, bandar Sibu telah berubah wajah dengan menempatkan semula semua penjaja yang menjalankan perniagaan mereka di tebing sungai, di tepi dan di belakang lorong di pusat bandar ke dalam pasar baru ini. Sebuah pasar baru di Grand Height, Jalan Hulu Lanang juga telah siap dibina dengan kos RM0.5 juta dalam tahun 1999.
-
Projek yang telah siap pembinaan termasuk rumah penyembelihan khinzir yang moden, tempat pelupusan sampah sanitasi di Kemunyan dan taman kereta bertingkat yang kedua.
Majlis Perbandaran Sibu telah berpindah ke pejabat baru di Wisma Sanyan pada tahun 2001. Pejabat baru menawarkan persekitaran yang lebih baik untuk kakitangan memberi khidmat kepada orang ramai. |