|
Perutusan Setiausaha Perbandaran |
|
| [ Perutusan < Perutusan Setiausaha Perbandaran ] |
Berada di barisan hadapan dalam sistem kerajaan tiga (3) peringkat, Majlis Perbandaran Sibu seperti pihak berkuasa tempatan yang lain perlu mengamati tahap penyampaian perkhidmatan pelanggan yang tertinggi. Pelanggan mengharapkan lebih daripada sebelumnya; lebih berkualiti, lebih banyak ciri, manfaat yang lebih banyak, lebih pelbagai, lebih fleksibel, lebih nilai dan perkhidmatan yang lebih. Kita diharapkan untuk melayani pembayar cukai dan memberi kepuasan kepada keperluan mereka dari segi prasarana, perkhidmatan dan kemudahan perbandaran.
Adalah menjadi semakin penting untuk mendengar pendapat pelanggan-pelanggan kita. Pakar Pengurusan, Peter Drucker pernah berkata, "Kualiti dalam perkhidmatan atau produk bukanlah apa yang anda masukkan ke dalamnya. Ia adalah apa yang pelanggan dapati daripadanya". Oleh kerana itu adalah menjadi amalan kita untuk selalu turun padang, mendengar pendapat pelanggan, terlibat dalam dialog dan mencapai resolusi menang-menang. Hal ini tidak harus menjadi sekadar amalan tetapi harus menjadi sebahagian daripada cara hidup dan budaya kita. Tidak dapat dinafikan, ia memerlukan perubahan pola berfikir atau cara kita berfikir, merasa dan bertindak terhadap pelanggan-pelanggan kita. Marilah kita ambil itu sebagai satu cabaran untuk menjadi pihak berkuasa tempatan yang mesra pelanggan. Tidak ada yang lebih bermanfaat apabila sebuah bandar membangun dan berkembang melalui perkongsian pintar antara pihak berkuasa dan masyarakat. Marilah kita jadikannya kenyataan!
Hii Chang Kee E-Mel : HiiCK@smc.gov.my Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Sibu |
| |
|
|
|