|
Menurut Seksyen 145(1), Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 (Bab 20), lesen ini akan terbatal jika melanggar ketetapan-ketetapan seperti di bawah :-
|
|
1.
|
Pemilik lesen hendaklah mendaftar senarai nama pekerja dan dikemukakan kepada pihak Majlis dari masa ke semasa.
|
|
2.
|
Pemilik lesen dan semua pekerjanya hendaklah disahkan sihat untuk penyediaan makanan/minuman.
|
|
3.
|
Sebarang pertukaran pekerja hendaklah dimaklumkan kepada pihak Majlis.
|
|
4.
|
Penyembelihan dan penjualan daging anjing adalah dilarang sama sekali.
|
|
5.
|
Lesen tidak dibenarkan untuk dipindahmilik tanpa kelulusan pihak Majlis.
|
|
6.
|
Lesen hendaklah dipamerkan dalam premis perniagaan.
|
|
7.
|
Lesen yang tidak diperbaharui dalam masa 42 hari dari tempoh tamat akan dibatalkan.
|
|
8.
|
Pemilik lesen hanya beroperasi di premis seperti yang tercatat dalam lesen terbabit.
|
|
9.
|
Lesen ini juga terikat kepada peruntukan yang dimaktub dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Perihal Makanan 1985. Sebarang pelanggaran syarat akan menyebabkan lesen terbatal.
|
|
10.
|
Air panas perlu disediakan bagi mensterilkan sudu, garpu atau kayu penyepit (rujuk keputusan mesyuarat PH96/84 bertarikh 06.11.84).
|
|
11.
|
Bekas pembuangan puntung rokok hendaklah disediakan di setiap meja.
|
|
12.
|
Bakul sampah hendaklah disediakan dengan mencukupi.
|
|
13.
|
Alat memasak dan peralatan makanan hendaklah sentiasa bersih.
|
|
14.
|
Kebersihan tandas hendaklah terjamin seperti yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
|
|
15.
|
Peralatan makanan yang telah pecah/patah/retak tidak boleh digunakan.
|
|
16.
|
Memastikan kebersihan premis perniagaan setiap masa adalah penting seperti yang ditetapkan oleh Majlis.
|
|
17.
|
Penggunaan meja kerusi di luar daripada premis perniagaan adalah dilarang.
|
|
18.
|
Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam plastik dan diikat dengan teratur (rujuk keputusan mesyuarat PH93/85).
|
|
19.
|
Penyedia makanan hendaklah sentiasa menggunakan apron dan penutup kepala.
|
|
20.
|
Kedai makanan/minuman dilarang menjual buah-buahan/barang runcit atau lain-lain dan mempamerkan poster atau iklan melainkan bagi yang berkenaan dan berbingkai.
|
|
21.
|
Pemilik lesen dan semua pekerjanya hendaklah mengikuti kursus penyediaan makanan yang disarankan oleh pihak Majlis.
|