|
Lesen ini tertakluk kepada ketetapan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti yang diterima pakai oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, iaitu seperti berikut :-
|
|
1.
|
Premis yang dilesenkan hendaklah diluluskan oleh pihak Majlis dengan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki.
|
|
2.
|
Premis yang dilesenkan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.
|
|
3.
|
Premis yang dilesenkan hendaklah disediakan dengan cahaya dan udara yang mencukupi.
|
|
4.
|
Tempat pembuangan sampah, tiket loteri atau sebagainya hendaklah disediakan dengan secukupnya.
|
|
5.
|
Pelanggan hendaklah beratur ketika membeli loteri.
|
|
6.
|
Kawasan kaki lima hendaklah bebas daripada sebarang halangan.
|
|
7.
|
Premis yang dilesenkan hendaklah kerap dibersihkan terutamanya bagi kawasan kaki lima, lorong tepi dan lorong belakang (dalam kawasan empat (4) meter dari premis berkenaan).
|
|
8.
|
Pemilik lesen hendaklah bekerjasama sepenuhnya dengan pihak Majlis bagi memastikan kebersihan premisnya.
|