Pusat Hiburan/Rekreasi Keluarga

Pusat Hiburan/Rekreasi Keluarga

Lesen ini tertakluk kepada ketetapan dalam Ordinan Hiburan, 2000 dan Undang-Undang Kecil Hiburan, 2001.

Pemilik lesen harus mematuhi syarat-syarat berikut :-

1.

Lesen hendaklah dipamerkan di tempat yang sesuai di pintu masuk utama premis.

2.

Papan kenyataan mengandungi maklumat berikut hendaklah diletakkan di pintu masuk utama premis :-

 

a.

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun hendaklah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga;

 

b.

Pelajar yang berpakaian seragam tidak dibenarkan masuk;

 

c.

Waktu beroperasi : 10:00 pagi hingga 10:00 malam; dan

 

d.

Minuman keras tidak dibenarkan.

3.

Pegawai keselamatan berpakaian seragam hendaklah ditugaskan di pintu masuk sepanjang masa.

4.

Sebarang aktiviti perjudian adalah dilarang.

5.

Semua permainan video yang berunsur ganas dan melampau adalah dilarang pada mana-mana mesin permainan.

6.

Pengudaraan di dalam premis hendaklah mencukupi.

7.

Dinding pembahagi hendaklah dibina daripada bahan lut cahaya.

8.

Pencahayaan di dalam premis hendaklah mencukupi.

9.

Merokok adalah dilarang di dalam premis dan notis amaran "DILARANG MEROKOK" hendaklah dipamerkan dengan secukupnya.

10.

Alat pemadam kebakaran yang mencukupi hendaklah disediakan seperti yang diluluskan oleh Jabatan Bomba.

11.

Mesin hiburan yang mengandungi atau boleh menghasilkan gambar melampau dan boleh digunakan untuk tujuan perjudian adalah dilarang sama sekali.

12.

Nama dan nombor siri mesin hiburan hendaklah dilekatkan pada mesin tersebut untuk rujukan dan pengawasan.

13.

Sekurang-kurangnya 50% daripada mesin permainan yang disediakan hendaklah direkabentuk untuk permainan berkaitan dengan pendidikan, sukan, kecerdikan dan kebolehan.

14.

Pemegang lesen haruslah memastikan premis berada di dalam keadaan yang bersih sepanjang masa.

15.

Majlis berhak meminda syarat-syarat di atas tanpa sebarang notis.


Laman Kesihatan Dan Pentadbiran Awam